Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mayat S. Surenindran terlebih dahulu ditemukan oleh kedua-dua ibu bapanya di lokasi kejadian.

“Pihak polis menerima panggilan telefon daripada Hospital Port Dickson kira-kira pukul 9 malam memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia disyaki meminum cecair dipercayai racun.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa di hospital itu mendapati punca kematian adalah kerana minum racun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kematian mangsa.

“Kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -UTUSAN ONLINE