Baginda menyampaikan sumbangan itu kepada 54 anak-anak yatim dalam majlis penyerahan yang berlangsung di surau asrama berkenaan di sini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap anak yatim menerima RM100 bagi membantu membeli persiapan hari raya tidak lama lagi.

Yang turut hadir pada program itu, Ketua Menteri, Adly Zahari; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Sumbangan kepada penghuni Raysas sebelum ini dilaksanakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun ia mula dikendalikan oleh YIDE dan kini memasuki tahun kelima. - UTUSAN ONLINE