Program Sentuhan Kasih Petronas 2019 itu diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof; ADUN Chetok, Zuraidin Abdullah; Pengurus Besar Petronas wilayah Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah dan Presiden Kemudi, Azran Fitri Rahim.

Sementara itu, Wan Mohd. Hasnan berkata, program itu bermatlamat menyebarkan perasaan kasih sayang disamping dalam kalangan penerima.

"Bukan itu sahaja, kita juga mahu membangkitkan kegembiraan dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Setiap penerima mendapat 'angpau' dan hamper yang disumbangkan oleh Petronas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak RM120,000 diperuntukkan oleh Yayasan Petronas untuk meraikan masyarakat Cina sempena perayaan tersebut pada tahun ini.

Katanya, jumlah tersebut membabitkan penerima di sekitar negeri ini, Terengganu dan Pahang.

“Sejak sekian lama Petronas sudah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat terutamanya pada setiap kali sambutan perayaan utama di negara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE