Di Taman Dinding, Ayer Tawar dekat sini, sambutan hari raya di kawasan perumahan itu memberi peluang kepada pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh untuk sama-sama menyertai ibadat korban yang dijalankan penduduk.

Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan oleh penduduk kawasan perumahan tersebut dan acara korban itu dijalankan secara gotong-rotong.

Apa yang menarik, selain membahagikan daging korban kepada penduduk, pekerja warga asing turut berpeluang menerima daging korban itu yang diagih-agihkan kepada mereka. - UTUSAN ONLINE