Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar berkata, golongan itu boleh membuat caruman bulanan serendah RM13.10 sebulan.

“Bermula 2017, Perkeso memperkenalkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang membolehkan pemandu teksi, pemandu e-hailing dan pemandu bas membuat caruman.

“Dengan caruman ini, mereka mendapat perlindungan insurans sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika mereka melakukan tugas harian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat 2019 Peringkat Negeri Johor di Pejabat Perkeso negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE