Karpet yang sepanjang lebih sembilan meter setiap satu itu telah diserahkan oleh Penasihat Islam, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman M Al-Herfi kepada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Sheikh Abdul Rahman, sumbangan tersebut diharap dapat meningkatkan kesungguhan dan keazaman pihak NGO Antarabangsa yang gigih membantu umat Islam sejagat khususnya dalam pembinaan masjid, surau dan sekolah-sekolah agama.

“Usaha di Kemboja selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh Dr. Mustapha ini patut di contohi dalam perjuangan agama Islam .

“Apa yang dikagumi, Mustapha membantu umat Islam di negara yang diterajui oleh pemimpin yang bukan Islam malah mendapat pengiktirafan dari kerajaan dan pemimpin pemimpin masyarakat. Pelbagai pengiktirafan itu suatu pencapaian yang membanggakan umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia khususnya Sheikh Abdul Rahman yang telah banyak membantu pihak NGO Antarabangsa termasuk menerusi tajaan seribu naskhah al-Quran.

“Hari ini sumbangan karpet solat dapat saya gunakan di masjid-masjid yang di bangunkan oleh NGO Antarabangsa iaitu yang sebanyak lima buah. Diharapkan sokongan yang yang diberikan pihak Sheikh Abdul Rahman berterusan dalam program yang dijalankan oleh NG0 Antarabangsa,” katanya. - UTUSAN ONLINE