Pelbagai acara menarik diatur sepanjang program itu antaranya hadiah cabutan bertuah istimewa berupa sebuah televisyen 50 inci yang merupakan hadiah utama kepada pengunjung bertuah.

Pengurus resort itu, Dennis Samford berkata, program tersebut bermula pukul 4 petang 30 Ogos dan antara aktiviti yang disediakan adalah tarian zumba, permainan tradisional dan permainan beyblade.

"Pihak resort turut menyediakan pelbagai gerai makanan dan pengunjung boleh membeli makanan menggunakan kupon bernilai RM20 di mana setiap kupon pembelian RM20 layak menyertai cabutan bertuah yang disediakan.

"Selain hadiah utama berupa televisyen, pihak kami turut menyediakan pelbagai hadiah menarik lain kepada pengunjung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai mini karnival itu boleh menghubungi talian 06-3152120. - UTUSAN ONLINE