Selain menyubur tradisi warisan dan pendedahan kepada kalangan generasi baharu, ia dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat dengan semangat kekitaan.

Turut serta wakil-wakil dari rakan strategik sekolah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SEBARU, Wan Norsuriya Wan Mokhtar berkata, buat kali pertama majlis sebegini turut melibatkan masyarakat sekitar.

“Pada tahun ini, kita telah bekerjasama dengan rakan strategik sekolah bagi menyiapkan 10 kawah bubur asyura untuk diagihkan kepada semua murid dan rakan strategik sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Wan Norsuriya, penglibatan golongan muda dalam program tersebut secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada mereka untuk mewarisi tradisi menyediakan bubur asyura tempatan ymempunyai resepi berbeza dengan negeri lain.

Sementara itu, Guru Besar SEBARU, Siti Mariam Mohd Zain, pihaknya merancang untuk meneruskan program tersebut pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE