Dalam perniagaan, modal amat penting dalam mempromosikan produk mereka dengan menggunakan media cetak atau eletronik.

Dengan peredaran zaman media sosial yang semakin berkembang, usahawan sama ada dalam talian atau memiliki premis sendiri menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk jual produk.

Peluang itu digunakan seorang pemilik akaun Twitter, Haikal Kassyaf yang menggunakan nama @HKssyaf. Mempromosikan kedainya di Pekan Rabu, Alor Setar Kedah.

Ciapannya yang dimuat naik pada Ahad lalu berjaya menarik pengikutnya sehingga mendapat 8,461 ‘retweet’ dan 3,394 tanda suka.

HAIKAL KASSYAF berdiri di hadapan kedainya yang menjual pelbagai jenis baju Melayu, sampin
HAIKAL KASSYAF berdiri di hadapan kedainya yang menjual pelbagai jenis baju Melayu, sampin dan songket di Pekan Rabu Alor Setar, Kedah. - UTUSAN ONLINE

Haikal membuat ciapan itu yang secara tidak langsung mengajak pengikutnya mengunjungi kedai tersebut.

“‘Guys’ aku dengar kuasa tular Twitter hebat.. Jadi, aku nak minta jasa baik korang untuk RT (retweet) ‘tweet’ aku ini.

“Aku ada la buka kedai kecil- kecilan mencari rezeki untuk menghalalkan si dia☺. Tak mintak byk tolong RT je cukup☺,” katanya.

Kerana ciapan itu, ramai pengikutnya membalas ‘retweet’ ciapan Haikal sekali gus membuatkannya mempromosikan beberapa barangan yang dijual dalam kedainya.

“Terima kasih semua sebab tolong RT☺. Kalau nak apa-2 boleh tgk Instagram @kassyafexclusive.hq . Sekarang ini tengah muat naik gambar secara berperingkat,” katanya.

Menurutnya, dia menjual sampin pada harga bermula RM50 hingga lebih RM1,900 mengikut kualiti sampin.

Tambahnya, pelbagai jenis sampin dijual dalam kedainya yang memberi pilihan kepada pembeli mengikut cita rasa tersendiri.

“(Sampin) Ada mesin dan ada tenun.. ikut benang juga, ada ‘cotton’ dan ‘polyester,” ujarnya.

Usaha mempromosikan itu Haikal berkata, dia tidak menyangka ramai yang bertanya tentang sampin dan songket dalam kedainya.

“Ok semua..Alhamdulillah ramai gila mesej dan Whatsapp dan aku tanya pasal sampin atau songket☺.

“Jadi, so aku nak buat ‘special’ promo untuk semua. 20 peratus untuk setiap sampin ini. Ada yang buatan tangan dan mesin.Harga bermula RM78 hingga lebih RM2,000RM. Insya-Allah aku cuba bantu korang☺,” katanya.

Jika kena cara yang betul dalam media sosial rezeki datang mencurah. Penggunaan ayat menarik dan padat sudah tentu menarik ribuan warga maya membelinya. - UTUSAN ONLINE