Kembara selama empat hari itu memperuntukan 200 pek barangan makanan bagi membantu golongan tersebut selain menceriakan mereka dengan kehadiran sukarelawan ke rumah mereka.

Baling, 15 April 2019 - Sukarelawan Kembara MSAM 2019 UMW menyerahkan
Sukarelawan Kembara MSAM 2019 UMW menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di Baling hari ini. 

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Koperat UMW, Badrul Rahman, program itu sempena sambutan MSAM yang akan disambut minggu hadapan.

Katanya, sebanyak 40 orang kakitangan UMW dari perbagai jabatan dan cawangan terlibat dalam kerja kerja sukarela tahun ini dengan 20 jentera pacuan emapt roda dari kelab pacuan empat roda Kay Adventure.

Baling, 15 April 2019 - Sukarelawan Kembara MSAM 2019 UMW, Mohd
 

“Pihak kami menyediakan 200 bungkusan berupa keperluan harian seperti beras, gula, meehoon dan lain lain keperluan harian dapur. Selain ITU, beberapa unit kabinat serbaguna, rak besi, meja lipat dan tunku dapur diagihkan kepada yang memerlukan.

“Tidak ketingalan juga kami telah menyerahkan sebuah kerusi roda dan tandas mudah alih kepada salah seorang penerima yang merupakan pesakit kencing manis," ujarnya ketika ditemui di sini.

Baling, 15 April 2019 - Sukarelawan Kembara MSAM 2019 UMW, Mohd
 

Katanya, mereka turut mendapat kerjasama dari 145 ahli dari berbagai kelab bermotosikal kawasan utara bagi menyempurnakan kerja gotong royong sekitar Kampong Iboi dekat sini.

Menurut Badrul, kembara itu juga telah berjaya menjalankan kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan rumah, memasang atap zink di kampong tersebut.

Pada sebelah pagi ini, Kembara Msam singgah ke rumah anak anak yatim Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak anak Yatim dan Miskin Al-Taqwa Baling bagi menjalankan kerja gotong royong pembersihan dan menyerahkan sumbangan barangan dapur, selimut dan cadar. - UTUSAN ONLINE