Hari ini, Kawat meluangkan masa menziarah serta menyampaikan sumbangan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di rumahnya di Kampung Pulau Duyung di sini.

Kanak-kanak itu, Tuan Nur Batrisya Tuan Nasir menderita dengan kepalanya membesar akibat penyakit Hydrosephalus yang dihidapinya sejak lahir.

Sehingga kini, dia sudah menjalani sembilan kali pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Dalam kunjungan itu, Kawat yang diketuai presidennya, Wan Abdul Rahman Hayat bersama sebilangan EXCO serta ahli kelab itu menghulurkan sumbangan termasuk wang tunai, susu dan lampin pakai buang kepada bapa kanak-kanak itu, Tuan Nasir Tuan Dalam.

Celah Wan Abdul Rahman, sumbangan tidak seberapa itu adalah sebagai kecaknaan Kawat kepada insan yang memerlukan selain menjadi penggerak kepada pihak lain untuk turut sama menghulurkan bantuan.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Kawat, Ahmaf Syafri Husnaini Mohamad. - UTUSAN ONLINE