Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung dalam kenyataan berkata, ibu bayi berkenaan telah membawa bayinya yang bernama Aaman untuk menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan pada 22 Februari lalu.

Menurutnya, setelah bayi itu sihat, ibu kandungnya tidak mengambil semula anaknya dan sehingga kini gagal dihubungi.

“JKM Manjung telah menempatkan sementara bayi itu di Rumah Kanak-Kanak Kuala Kangsar sejak 12 Jun lalu.

“Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan ibu bayi berkenaan namun tidak berhasil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, JKM Manjung sedang mengesan ibu bayi itu yang bernama Nguyen Ngoc Chen, 38, warganegara Vietnam dan tinggal di dalam Daerah Manjung.

“Ibu kandung bayi itu perlu tampil bagi urusan penyerahan anak angkat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Norfarhana Zainuddin di 05-6883110. -UTUSAN ONLINE