Allahyarham Khairul Hazalizam Jamaluddin, 38, dibawa turun dari tingkat satu rumah saudaranya untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia ketika tidur dan kematian lelaki itu disedari ibu saudaranya kira-kira pukul 10 malam selepas tidak mendengar dengkurannya seperti biasa.

SERAMAI 14 orang penduduk dan anggota polis mengangkat jenazah

“Penolong pegawai perubatan Hospital Melaka yang tiba di rumah berkenaan kira-kira pukul 12 tengah malam mengesahkan kematiannya.

“Sebelum itu adik perempuan si mati berusia 22 tahun datang ke rumah berkenaan kira-kira pukul 11.40 malam untuk memeriksa keadaan abangnya dan segera menghubungi ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Afzanizar, si mati yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menghidap demam panas sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, mayat lelaki itu diangkat dan diturunkan dengan bantuan 10 orang penduduk pangsapuri berkenaan dan empat anggota polis untuk dibawa ke Hospital Melaka dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE