Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, malah bekalan haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri melebihi permintaan.

Menurutnya, setiap tahun dianggarkan sebanyak 8,000 hingga 9,000 ekor lembu atau kerbau dan 6,000 - 7,000 ekor kambing atau bebiri digunakan untuk ibadah korban.

"Daripada jumlah tersebut, bekalan daripada sumber tempatan hanya dapat memenuhi sekitar 20 peratus atau 2,000 ekor manakala 80 peratus atau kira-kira 8,000 ekor lagi diimport.

"Stok ini telah dibawa masuk tiga atau empat bulan lebih awal sebelum sambutan Aidiladha.

"Jabatan Veterinar negeri menganggarkan tahun ini permintaan meningkat sedikit diantara dua hingga tiga peratus. Anggaran stok tersedia pula adalah kira-kira 10,000 ekor lembu atau kerbau dan 8,000 ekor kambing atau bebiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dari segi harga, secara purata berlaku sedikit kenaikan antara RM200-RM300 kepada antara RM4,200-RM4,300 seekor, bergantung kepada berat haiwan ternakan.

Kata beliau, memandangkan bekalan haiwan ternakan banyak yang diimport, faktor kenaikan harga dipengaruhi oleh kadar pertukaran matawang dan kos bahan mentah untuk ramuan makanan ternakan.

"Mengenai harga semasa, tiada kawalan harga ditetapkan tetapi bergantung kepada berat haiwan ternakan.

"Contohnya lembu yang beratnya 230 kilogram hingga 270 kg dijual pada harga RM4,000 - RM4,500 seekor," katanya. - UTUSAN ONLINE