Pengarah Urusan Aisy Azka Event Management Services, Anuar Mohd. Azmi, berkata, ini adalah sebuah festival raya terbesar dan terpanjang tanpa henti dan cubaan ini akan bermula pada 24 Mei, 12 tengah malam sehingga 26 Mei pukul 5 pagi bertempat di Hall A, Maeps, Serdang, Selangor..

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pendekatan beramal sambil berniaga dan mesra ibadah.

"Ia memberi manfaat kepada pengunjung dan usahawan yang ingin menunaikan terawih selain berbuka puasa bersama keluarga sebelum membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Tambahnya, pada 25 Mei dan 26 Mei pula, di Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini juga, aktiviti rewang penyediaan bubur lambuk, anyam ketupat dan rendang untuk orang ramai.

Sebagai menambah lagi tarikan kepada acara ini, seramai kira-kira 45 orang selebriti tanah air turut serta memeriahkan acara dengan setiap baris, ditempatkan selebriti yang berkenaan.

"Antara selebiriti yang terlibat sama ialah Achey Bocey, Alif Satar, Arja Lee, Black Hanafiah, Izue Islam, Ernie Zakrie dan ramai lagi," ujarnya.

Kehadiran para selebriti dan usahawan yang menggabungkan produk keperluan diri dan rumah, bakal menajdikan Gegar Gempak Raya ini sebagai satu lokasi yang membawa kesemua keperluan di bawah satu bumbung. - UTUSAN ONLINE