Mohd. Fairus Mohd. Taufiq, 12 dan abangnya, Mohd. Adam, 16 dikatakan kali terakhir dilihat menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora berwarna putih selepas keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, susulan kejadian itu bapa mangsa berusia 38 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini pada pukul 4 petang ini.

“Siasatan sedang dijalankan bagi menjejaki kedua-dua beradik ini selepas pihak kita menerima laporan ini.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepadab IPD Pontian menerusi talian 07-6871222 atau pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fikri ditalian 0134149917,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustafa berkata, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Terdahulu, tular dalam media sosial dua beradik tidak sampai ke sekolah dan tidak pulang ke rumah mereka di Taman Megah semalam dipercayai hilang.

Mereka yang berpakaian sekolah itu dilihat kali terakhir menaiki kereta Proton Exora berwarna putih pagi kelmarin di Taman Megah. -UTUSAN ONLINE