Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berusia 34 tahun dari Kampung Batu Jong dikatakan gagal mengeluarkan kemaluannya daripada alat tersebut namun tidak diketahui bagaimana kejadian itu berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin berkata, pihaknya terpaksa membawa pemuda tersebut dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Kuala Krai untuk mengeluarkan kemaluan mangsa.

“Pasukan bomba bertindak bersama dengan pihak hospital untuk membuka ‘gigi daun gear’ di kemaluan mangsa dengan menggunakan peralatan ‘L-ring cutter’ untuk memotong lingkaran besi tersebut.

“Operasi ini mengambil masa lebih kurang 20 minit dan berjaya dibuka dengan selamat,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Difahamkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius. -UTUSAN ONLINE