Timbalan Ketua Diplomatik Kedutaan AS di Malaysia, Edgard Kagan berkata, pengaruh itu jelas dilihat oleh pihaknya apabila ketegasan Malaysia terhadap militan Negara Islam (IS) disokong serta disambut oleh ASEAN baru-baru ini.

Jelasnya, selain itu, kepemimpinan negara berjaya melonjakkan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) menjadi pameran udara dan maritim ketiga terbesar di dunia ketika ini.

“Atas sebab itu, AS sentiasa komited untuk menyertai LIMA 2015 kerana kita menghargai dan mengiktiraf pengaruh Malaysia di ASEAN. Kita terus menghormati kedua-dua 
pengaruh dan hubungan bilateral Malaysia di Asia Tenggara.

“Sebab itu, kita sentiasa bersedia bekerjasama dengan Malaysia dalam apa juga perkara, kita berdepan dengan ancaman IS, jadi AS ingin bekerjasama dengan negara ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.