Bekas-bekas pelajar tersebut turut memberikan hadiah galakan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan penggal tahun ini.

Pelajar cemerlang SPM 2018 yang menerima anugerah khas serta wang tunai RM1,000 itu ialah Muhammad Naim Mohd. Shamshudin yang mendapat keputusan 10A+ dan tiga pelajar yang mencatatkan keputusan 9A+ iaitu Muhammad Hafizuddin Mohd. Norwawi; Wan Farah Hanan Wan Mohd. Johari dan Dalissa Raiha Mohd. Roba’ei.

Dalam pada itu, pelajar Tingkatan Lima Umi Atirah Omar, Ahmad Razin Razlan dan Ahmad Darwisy Shaifuzain menerima anugerah khas serta wang tunai RM800 keran mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan penggal.

Tiga pelajar Tingkatan Empat, Dini Damia Che Hamid, Najla Shahida Roslan dan Amira Balqis Mohd. Hilmi menerima wang tunai RM500 kerana mencatatkan Lonjakan Saujana pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.

Anugerah khas dan sumbangan tersebut disampaikan oleh pemilik Nur Mutiara Sdn. Bhd., Zafry Efendy Mohd. Fauzi.

Yang turut hadir, Pegawai Laksana Pengkalan Udara Gong Kedak, Leftenan Kolonel Wan Zainal Wan Yaacob; Pengurus Besar Portfolio Upstream Petronas, Ismadi Ismail; Pegawai Pelajaran ANGKASA, Azlan Mohamed dan Pengetua SMSTMFP, Bahari Daud.

Sementara itu, Zafry Efendy ketika berucapa dalam majlis tersebut berkata, pihaknya telah memperuntukan sebanyak RM20,000 untuk memberikan anugerah khas dan sumbangan kepada cemerlang sekolah itu bagi meningkatkan semangat mereka untuk belajar.

“Sebanyak RM100,000 telah diagihkan kepada cemerlang sekolah ini oleh Alumni 1987-1991 sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh tiga tahun ini sebanyak 80 pelajar menerima sumbangan.

“Insya-Allah pada tahun depan kita akan meneruskan tradisi ini bagi memastikan pelajar-pelajar di SMSTMFP akan terus berusaha mencipta kecemerlangan pada masa depan,” katanya. - UTUSAN ONLINE