Kesemua kanak-kanak itu adalah terdiri daripada keluarga miskin bandar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli merasmikan majlis dan menyerahkan sumbangan itu.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain pek 'Kembali ke Sekolah', McDonald's turut menyampaikan sumbangan zakat dan pelantikan belia asnaf ke program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's yang keseluruhannya berjumlah RM533,900.

Terdahulu, di sebelah petangnya, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyertai Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang memasuki kali ke-92 penganjurannya, untuk menyampaikan zakat kepada mereka yang memerlukan di bandar ini. - UTUSAN ONLINE