Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, Johor Bahru mencatat bilangan keluarga paling ramai yang tinggi iaitu 5,158 diikuti Pontian (480), Batu Pahat (474) dan Mersing (401).

“Selain itu, Daerah Kulai pula mencatatkan sebanyak 267 keluarga diikuti Tangkak (90), Kota Tinggi (71), Segamat (19) dan Muar mencatatkan tujuh keluarga manakala Labis lima keluarga.

“Kluang, Rengit dan Pengerang mencatatkan bilangan keluarga setinggan sifat,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Izhar Ahmad (PH-Larkin) mengenai pelan jangka pendek kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah perumahan setinggan di negeri ini. - UTUSAN ONLINE.