Awang ucapkan tahniah kepada skuad hoki Malaysia kerana berjaya layak ke Piala Dunia tahun depan selain meraih slot Kejohanan Akhir Liga Hoki Dunia Disember ini. Ini berikutan pencapaian membanggakan pasukan tersebut (dengan jolokan Malaysia Tigers) pada aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia di London termasuk menewaskan India 3-2. Berita gembira itu adalah hadiah kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendambakan kegemilangan di arena antarabangsa. Lalu Awang terimbas kenyataan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) , Subahan Kamal pada Mei lepas bahawa skuad negara pasti akan layak ke Piala Dunia.
Bukan keyakinan beliau sahaja yang menarik perhatian bahkan kata duanya untuk berundur serta merta jika Malaysia gagal mencapai misi itu. Inilah yang dikatakan kepimpinan dan akauntabiliti. Sejak menerajui KFM, Subahan menyuntik pembaharuan antaranya mengatasi masalah kewangan yang membelenggu konfederasi itu. Maka Awang tabik beliau, KFM, jurulatih dan barisan pemain atas kejayaan tersebut. Semoga skuad hoki negara menyinar pada Piala Dunia nanti mengulangi rekod terbaik tempat keempat pada 1975. Tiada yang mustahil.

 

KETUA MENTERI GAGAL

Dengan pelbagai isu yang melanda pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak keterlaluan untuk merumuskan beliau pemimpin yang gagal. Bukan sahaja kerana terpalit isu rasuah dan integriti sehingga didakwa di mahkamah, banyak lagi kontroversi dan isu menyerlahkan belang sebenar Setiausaha Agung DAP itu. Perbelanjaan beberapa projek mega yang luar biasa dan tidak telus, masalah perumahan, kerap banjir, masalah alam sekitar, pembangunan tidak seimbang, bersikap angkuh dan tidak boleh dikritik adalah antara masalah beliau. Terbaharu, Guan Eng memberikan reaksi kurang matang kepada teguran pemimpin kanan DAP, Dr. Tan Seng Giaw terhadap pembangunan negeri itu yang tidak seimbang. Ahli Parlimen Kepong itu didakwa gagal dihubungi oleh kepimpinan parti sejak awal tahun, dengan kata lain lama menghilang yang membawa konotasi negatif. Pemimpin sejati DAP yang banyak berjasa seperti Seng Giaw boleh diperlekehkan begitu sahaja. Seperti dijangka sesiapa sahaja pemimpin DAP mengkritik beliau akan menjadi mangsa percaturan politiknya. Sepatutnya Guan Eng perlu banyak berguru dengan Seng Giaw yang berpengalaman luas selain berwibawa, bukan sebaliknya. Itulah hodohnya demokrasi acuan Guan Eng yang cakap tidak serupa bikin. Bagai ayam kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

 

KISAH ZURAINI

Kisah seorang wanita Malaysia, Ani  Zonneveld, 55, atau nama sebenarnya Zuraini Tan Sri Abdul Khalid menjadi imam kepada jemaah lelaki ketika bersolat di sebuah masjid liberal di Berlin, Jerman, minggu lalu menggemparkan. Umat Islam di Malaysia terkejut dengan kisah tersebut yang menjadi berita utama akhbar Kosmo dua hari berturut-turut. Selain diimamkan oleh wanita, jemaah di masjid itu bersolat secara bercampur dan sebelah menyebelah antara lelaki dan wanita tanpa menutup aurat. Awang tidak menduga seorang wanita Islam rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke Barat, boleh terpesong sejauh itu memudaratkan agama Islam. Banyak pihak termasuk mufti menggesa agar Zuraini yang juga Presiden Muslims for Progressive Values bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Awang sedih dengan apa yang terjadi itu apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia. Ternyata cubaan demi cubaan golongan liberal ini mencemarkan kesucian Islam, sudah menjadi ancaman yang serius. Awang tidak boleh bayangkan jika insiden seperti itu merebak ke negara ini suatu hari nanti. Ambillah iktibar. Di Malaysia, gerakan liberal perlu dikekang secara pre emtif, menyeluruh dan tegas sebelum bertapak dan menular. Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas nama Islam liberal di negara ini, sudah menampakkan petunjuk membimbangkan dan selalu mencabar pihak berkuasa agama. Mereka lebih berani dan lantang bersuara memperjuangkan agenda mereka. Ada di antara NGO itu Awang percaya mendapat sokongan luar negara. Sebenarnya karektor seperti Zuraini dan bibit-bibit perjuangan songsangnya

 

IKTIBAR FGV

Kemelut pengurusan tertinggi Felda Global Ventures (FGV) akhirnya selesai dengan pengunduran Pengerusinya, Mohd. Isa Abdul Samad. Setelah lebih dua dekad skandal tersebut berstatus fail X dan seakan bakal berkubur bersama segala misterinya, ia kini aktif menanti terbongkar. Sepatutnya Guan Eng perlu banyak berguru dengan Seng Giaw yang berpengalaman luas selain berwibawa, bukan sebaliknya. Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nor Mohamed Yakcop Sulaiman Mahbob ABDUL MURAD KHALID Tan Seng Giaw rencana muka 6 oleh Dr. Nasharudin Mat Isa Umat Islam menyeru Zuraini bertaubat kerana tindakannya mengimamkan solat bercampur lelaki dan wanita di masjid liberal di Berlin. Awang ucapkan tahniah kepada Sulaiman Mahbob yang menggantikan Isa. Pelantikan beliau mendapat reaksi positif pelbagai pihak daripada sektor kewangan dan industri hinggalah kepada masyarakat peneroka. Ia telah menyuntik keyakinan baharu selepas episod hitam melanda FGV. Awang berharap semua pihak mengambil iktibar daripada kemelut tersebut terutama Isa yang dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD). Cabaran besar Isa adalah bagi memulihkan imejnya, yang beliau tentu akui. Dalam pada itu, masyarakat tentu menanti apa hasil siasatan dalaman ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Zakaria Arshad dan tiga lagi pengurusan kanan. Lebih menjadi perhatian adalah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang Isa adalah saksi utamanya daripada

 

KEINSAFAN SYAWAL

Terasa masa berlalu dengan pantas. Awang hiba kerana Ramadan, bulan yang suci telah menutup tirainya. Mudah-mudahan segala amal ibadat sepanjang Ramadan diterima Allah SWT. Harapan Awang agar jiwa Ramadan terus menyala di sanubari untuk menjadikan kita lebih beriman, cekal, bersyukur dan prihatin. Kini Syawal menjelma sebagai tanda kemenangan selepas menyempurnakan ibadat puasa. Awang insaf, sebagaimana saban tahun, umat Islam di negara ini dapat berhari raya dalam suasana aman dan harmoni berbanding di banyak negara Islam lain yang bermandi darah dan bergolak. Janganlah lupa kesengsaraan umat Islam di seluruh pelosok dunia. Juga setinggi penghargaan kepada anggota-anggota pasukan keselamatan yang terpaksa bertugas mengawasi keselamatan apatah lagi menghadapi ancaman pengganas seperti Daesh. (Serangan berdarah di Mekah semalam membuktikan Daesh kian agresif). Kesiapsiagaan dan pengorbanan tentera serta polis membolehkan kita bergembira. Maka sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan sambil mengukuhkan lagi ikatan silaturahim. Apalah makna Syawal tanpa bermaaf-maafan sesama insan. Awang mengambil kesempatan menghulurkan salam Syawal kepada seluruh umat Islam terutama pembaca akhbar ini. Terima kasih atas segala sokongan anda selama ini, yang menjadikan akhbar ini masih gagah bertahan di sebalik pelbagai cabaran lebih-lebih lagi pada era digital. Tanpa sokongan anda, siapalah kami. - Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

 

RCI DAN MISTERI

Akhirnya kerajaan mengambil keputusan yang telah lama dinantikan iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kerugian urusniaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan awal 1990-an. Setelah lebih dua dekad skandal tersebut berstatus fail X dan seakan bakal berkubur bersama segala misterinya, ia kini aktif menanti terbongkar. Siapa sebenarnya bertanggungjawab kepada kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM43.9 bilion) iaitu terbesar dalam sejarah spekulasi mata wang dunia. Siapa pula yang bersubahat dan siapa yang mahu menutup kes itu daripada disiasat dan anehnya kenapa tiada tindakan diambil. Pelbagai persoalan tercetus yang akan terjawab dalam RCI itu, selepas ia disyorkan oleh Pasukan Petugas Khas diketuai Sidek Hassan. Pasukan Petugas Khas mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian tersebut maka RCI akan menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan lunas perundangan di bawah Akta 119. Beberapa individu antaranya bekas Penolong Gabenor BNM, Abdul Murad Khalid; bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim; pemimpin DAP Lim Kit Siang dan bekas Penolong Gabenor BNM, Nor Mohamed Yakcop telah dipanggil memberi keterangan kepada pasukan tersebut. Isu kerugian luar biasa itu mendapat perhatian semula selepas Murad pada Januari lepas mendedahkan kerugian sebenar melebihi apa yang dilaporkan oleh BNM iaitu AS$9 bilion dan mahu siasatan dijalankan. Ketika itu Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri manakala Daim Zainuddin dan diikuti Anwar adalah Menteri Kewangan. Ekoran skandal tersebut, banyak pihak termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Anwar (selepas dipecat) mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dan mengheret sesiapa yang berkenaan ke muka pengadilan. Namun tuntutan itu tidak dilayan oleh pentadbiran Dr. Mahathir. Akhirnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak atas rasa tanggungjawab dan mahu mencari kebenaran, bersetuju menubuhkan RCI. Tahniah kepada beliau. Pada Awang, ia suatu keberanian demi integriti meskipun isu tersebut diperjuangkan asalnya oleh pembangkang. Skandal kerugian wang terlalu besar yang tidak boleh dibiarkan dan dilupakan biarpun agak terlewat hampir 25 tahun.