2 Oktober 2014
7 Zulhijjah 1435

PRU-13: Pas Perlis letak 11 calon untuk DUN, Parlimen

KANGAR 3 April - Pas Perlis meletakkan 11 calon untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tanpa penglibatan tokoh berpengaruhnya, Hashim Jasin yang menarik diri untuk memberi laluan kepada muka baru.

Bagaimanapun, tanpa Hashim yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, seorang lagi calon heavyweight parti berkenaan, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din akan kembali bertanding merebut kerusi Parlimen Arau.

Menurut Hashim, selain Arau, Pas meletakkan calonnya di dua lagi kerusi Parlimen iaitu Kangar dan Padang Besar.

"Manakala kerusi-kerusi DUN pula, Pas Perlis meletakkan calonnya di Beseri, Santan Bintong, Kayang, Pauh, Guar Sanji, Simpang Empat dan Sanglang," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pas Perlis di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, baki tujuh lagi kerusi iaitu Titi Tinggi, Mata Ayer, Chuping, Indera Kayangan, Sena, Tambung Tulang dan Kuala Perlis diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. - UTUSAN