Wan Hamzah Awang (Wahba) yang mewawancara Pak Samad bertajuk ‘Samad Said Hurai Sebab Sebenar Mogok Seni’ dalam Mastika Januari 1990 menyatakan, sebagai Sasterawan Negara beliau sewajarnya diberi layanan yang setaraf dengan anugerah diberi walaupun tidak pernah meminta sebarang keistimewaan.

UTUSAN Malaysia menyiarkan foto Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan antologi puisi
UTUSAN Malaysia menyiarkan foto Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi melancarkan antologi puisi karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said di Arkib Negara pada 26 Januari 2006.

“Ramai orang fikir, sebagai Sasterawan Negara saya akan menerima banyak keistimewaan. Sebenarnya tidak. Ada beberapa insiden di mana hasil-hasil ciptaan saya ditolak dengan diberikan berbagai-bagai alasan. Mereka mendakwa dalam karya-karya saya itu terdapat kata-kata yang tidak manis. Tetapi karya ini sebenarnya telah terbit dulu. Mereka minta saya baiki, ubah perkataan dan ayat-ayat yang mereka tafsirkan kurang manis itu.

“Mereka minta saya lunakkan ayat, jinakkan kata-kata itu untuk disesuaikan dengan situasi dan keadaan masyarakat yang saya ceritakan dalam karya-karya saya itu. Kalau masyarakat yang kita ceritakan itu hidup di dunia yang kotor maka dialog-dialog mereka tentunya agak keras dan kurang manis. Bila disuruh rombak ia sudah bertentangan dengan hati nurani saya sebagai seorang penulis,” tegas A. Samad Said.

MINGGUAN Malaysia menyiarkan rencana bertajuk Keruntuhan A. Samad Said: Anaknya pernah makan nasi da
MINGGUAN Malaysia menyiarkan rencana bertajuk Keruntuhan A. Samad Said: Anaknya pernah makan nasi dan garam kerana kesempitan pada 7 Mei 2000.

Begitu juga yang terjadi dengan antologi puisi terbaru Pak Samad juga ditolak atas alasan terdapat kata-kata yang kurang manis. Antologi puisi itu mengandungi 24 buah puisi yang beliau cipta sepanjang dekad 1980-an, sudah berulang kali dibaca dalam majlis-majlis puisi yang diadakan di sana sini dan sudah diterima oleh masyarakat umum.

“Dan bila hendak diterbitkan ditolak dengan berbagai alasan. Hal ini terjadi selepas saya diberikan anugerah Sasterawan Negara. Apa you (kamu) rasa kalau you (kamu) menerima nasib yang sama seperti saya?

MASTIKA menyiarkan foto A. Samad Said sebagai penghias kulit
MASTIKA menyiarkan foto A. Samad Said sebagai penghias kulit muka hadapan dengan tajuk ‘Samad Said Bukan Ego’ yang diterbitkan pada edisi September 1990.

“Tapi saya tidak berkata bahawa karya-karya saya tidak boleh dibaiki dan diubah. Ia boleh dilakukan melalui perundingan dua pihak. Takkanlah kerana terdapat dua tiga patah perkataan yang tak sesuai you (kamu) hendak menjahanamkan semua karya itu. Ini yang menyedihkan saya.

“Skrip drama saya juga pernah ditolak oleh RTM. Drama bersiri yang didasarkan dari novel La­ngit Petang yang Johan Jaaffar olah skripnya juga ditolak dengan macam-macam alasan. Mereka suruh buat begitu, buat begini, betulkan itu be­tulkan ini.

“Ini mereka sanggup lakukan kepada orang yang bergelar Sasterawan Negara. Sedangkan SBC Singapura tulis surat kepada saya minta skrip drama. Mereka mahu buat drama dari novel pertama saya (Salina). Ini yang saya sedih, media di luar menjemput, menghargai kebolehan kita, tetapi media di dalam ne­geri menolak. Tak hargai kita,” luah Pak Samad.

Apabila ditanya, sejakmenulis selama 40 tahun dan menghasilkan puluhan karya seperti novel, cerpen dan puisi adakah karyanya pernah dijadikan buku teks di sekolah-sekolah, beliau hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata: “Tidak ada!”.

Pak Samad mengakui memang ada karyanya yang termuat dalam antologi bersama yang diterbitkan untuk dijadikan buku teks di sekolah-sekolah tetapi buku khusus memang tidak ada. Begitu juga sesetengah universiti ada menggunakan buku Pak Sa­mad tetapi untuk kursus-kursus tertentu sahaja.

“Untuk bacaan di sekolah malangnya sehingga hari ini tidak pernah terpilih. Ini agak menyedihkan saya. Yang membingungkan saya ialah you (kamu) pilih seseorang untuk dikurniakan Anugerah Sastera Negara kerana karya-karya you (kamu) novel, cerpen, puisi dianggap bermutu tinggi tetapi karya-karya you (kamu) tidak pernah dipilih untuk menjadi teks di sekolah-sekolah.

“Pengiktirafan sahaja tidak membawa you (kamu) ke mana-mana. Apa erti mereka bagi saya Sasterawan Negara, mereka kata novel-novel saya baik tetapi malangnya novel-novel saya tak dipilih untuk bacaan di sekolah-sekolah,” keluh Pak Samad.

ESOK: MOGOK SENI BERJAYA