Mereka mengorak langkah kiri dengan dibenam Korea 3-1 di Ipoh dan Amerika 2-0 di Kuantan namun bangkit menundukkan Thailand 2-1 sebelum seri 1-1 dengan Ghana di Alor Setar dan akhirnya dibelasah Santa Catarina 5-1.

Sepanjang era Harimau Malaysia 1981-85, jawatan ke­tua jurulatih skuad utama negara berpindah tangan daripada mendiang Karl Heinz Weigang kepada Allahyarham Mohamad Che Su, Allahyarham Jalil Che Din, Datuk M. Chandran, Datuk Mohamad Bakar dan mendiang Frank Lord.

Misi menjadikan Harimau Malaysia layak ke Olim­pik Los Angeles kemudiannya berubah kepada membekal dan menyerap­kan tonggak-tonggak mereka yang berbakat besar ke dalam skuad senior.

Tidak seperti sekarang yang mengehadkan hanya tiga pemain lebih usia 23 tahun, penyertaan pasukan bola sepak Olimpik ketika itu masih terbuka tanpa sebarang had umur asalkan mereka masih bertaraf amatur.

ARTIKEL majalah terbitan Kumpulan Utusan, Dunia Sukan mengenai Kevin Keegan dan Harimau Malaysia kel
ARTIKEL majalah terbitan Kumpulan Utusan, Dunia Sukan mengenai Kevin Keegan dan Harimau Malaysia keluaran Oktober 1984. 

Dua produk terbaik Harimau Malaysia yang memikat Lord, warga England ialah Azizol Abu Haniffah, anak jati Teluk Intan, Perak dan Abdul Karim Pin kelahiran Kedah. Seorang kreatif, seorang lagi bak lipas kudung.

‘Belang’ mereka benar-benar terserlah dalam Kelayakan Olim­pik Kumpulan 3 Asia pada 10 Oktober 1983 menentang Arab Saudi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Lapan minit terakhir permainan menyaksikan kelincahan Karim di sayap dan kepin­taran Azizol - perantara yang masuk menggantikan Datuk Chen Wooi Haw.

Menerusi kerjasama dan keserasian ‘Harimau Belia’ ini, Zainal Abidin Hassan menyudahkannya dengan gol pertama diikuti umpanan cantik Azizol yang mendorong gol kedua Zainal sambil Ahmad Yusoff melengkapkan kemenangan 3-1 terhadap Saudi yang dilabelkan pilihan utama saingan Kumpulan 3 Asia itu.

Malaysia muncul naib juara kumpulan saingan dua pusingan dengan memungut 12 mata dan hanya ditewaskan Saudi 2-0 di Riyadh pada 11 November 1983. Selebihnya anak-anak buah Lord mengalahkan Singapura (2-0, 1-0), Indonesia (1-1, 2-0) dan India (3-3, 2-0).

Skuad negara bimbingan Lord mara ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik Kumpulan 2 Asia di Singapura dari 15 hingga 29 April 1984 namun hanya mampu menduduki tempat keempat di belakang Qatar, Iraq dan Thailand.

Mereka dikalahkan Qatar 2-0, menewaskan Jepun 2-1 hasil jari­ngan Yunus Alif dan Zainal, terikat tanpa jaringan dengan Thailand dan tunduk kepada Iraq 2-0 yang kemudian meraih tiket wakil Asia ketiga dan terakhir ke Sukan Olimpik Los Angeles.

Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, penyerang terbilang negara turut menjadi pemain undangan khas Harimau Malaysia pada Pestabola Merdeka 1985.

Skuad ini gagal ke separuh akhir setelah menghuni tangga corot Kumpulan B di belakang America FC (Brazil), Korea Selatan Olimpik ’88 dan Thailand.

Namun mereka sempat menewaskan skuad kebangsaan Thailand 4-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah de­ngan jaringan hatrik Hashim dan Faridzul, ditewaskan Korea dan America FC 4-0 di Kota Bharu dan Stadium Merdeka.

Harimau Malaysia ketika itu dibarisi Salleh Mohammed Noor, Ramli Talib, S. Krishnamoorthy selaku penjaga gol, Hasnan Ahmad, Razip Ismail, Soh Chor Len, Abu Bakar Ahmad, Zulkifli Abdullah, P. Dharmalingam dan M. Ravindran yang memperkasa barisan benteng.

Lain-lain pemain ialah Faridzul Kassim, Datuk Ramlan Asko­lani, Zainal Noordin, Khalid Shahdan, Lahad Daduk Sulik selaku perantara manakala Azlan Johar, Azhar Mohd. Sharif, Su­bardron Aziz, Hashim Mustapha, Michael Chang, Hashim Marman dan Mokhtar sebagai penyerang.