ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM 

Menurut laporan Utusan Malaysia 20 November 1974, perarakan itu pada mulanya hanya disertai oleh 1,000 petani. Namun meningkat kepada 13,000 orang tiga hari kemudian (21 November 1974) apabila tersebar khabar angin ko­nonnya terdapat kanak-kanak yang terkorban akibat terpaksa memakan sejenis ‘ubi gadung’ beracun yang tidak dibasuh dengan bersih.

Kejadian itu kononnya berlaku kerana ibu bapa mereka tidak mampu membeli beras untuk menanak nasi akibat kejatuhan harga getah dan kenaikan harga bara­ngan keperluan yang melampau disebabkan oleh inflasi.

Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, ribuan penduduk Baling tanpa mengira kaum, berarak dan mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Tanah Daerah Baling dengan membawa sepanduk dan kain rentang yang me­­­n­yu­arakan keperitan dan ke­sengsaraan hidup rakyat yang tertekan untuk mencari sesuap nasi.

Pada 1 Disember 1974, satu rapat umum melibatkan kira-kira 30,000 penduduk diadakan di pekan Baling yang melibatkan penduduk kampung berhampiran seperti Weng, Bongor, Lanai, Pulai, Kupang, Tawar, Parit Panjang, Kuala Pegang, Siong dan Sungai Ba­lang.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pendu­duk yang terlibat dalam demonstra­si itu memberi tem­poh selama 10 hari kepada kerajaan untuk mengawal harga getah dan barang-barang keperluan asas yang semakin me­lambung akibat tekanan inflasi.

Golongan petani men­yua­rakan kemarahan mereka secara terbuka kepada kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak kerana lambat bertindak untuk menangani masalah kejatuhan harga getah sehingga menyebabkan tersebarnya khabar angin ada anak petani miskin yang kebuluran akibat tidak ada wang membeli makanan.

MUKA depan akhbar Utusan Malaysia pada 29 November 1974 melaporkan “6 langkah segera untuk stabilkan
MUKA depan akhbar Utusan Malaysia pada 29 November 1974 melaporkan “6 langkah segera untuk stabilkan 

Perjuangan go­lo­ngan petani Baling itu ak­hirnya mendapat sokongan warga mahasiswa di semua universiti tempatan. Mereka berduyun-duyun datang ke Ba­ling sebagai tanda solidariti terhadap nasib petani miskin di sana.

Kemuncak­nya, para mahasiswa turut bersama-sama menganjurkan de­monstrasi untuk menarik perhatian kerajaan terhadap isu kemiskinan petani di Baling.

Pada 3 Disember 1974, seramai 5,000 pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) serta Institut Teknologi Mara (ITM) dan Politeknik Ungku Omar berhimpun di Padang Kelab Sela­ngor, Kuala Lumpur.

Para pelajar yang berdemonstrasi itu diketuai oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar Ibrahim selain tenaga penggerak di belakangnya iaitu pensyarah UM, Dr. Syed Husin Ali serta lain-lain aktivis seperti Gurdial S. Nijhar, Tenku Shamsul Bahrin dan Nakhaie Ahmad.

Antara tuntutan yang dikemukakan oleh mahasiswa universiti yang diketuai Anwar Ibrahim itu termasuklah:

Pertama: Kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah inflasi dengan segera.

Kedua: Harga getah hendaklah dinaikkan ke paras yang munasabah.

Ketiga: Semua menteri dan menteri besar yang rasuah mesti disingkir dan dihukum.

Ekoran demonstrasi pelajar itu, Anwar, Syed Husin Ali dan Kamaruzaman Yaakob (Pre­siden Persatuan Mahasiswa UM) ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa menghasut rakyat menentang kerajaan.

Anwar yang ketika itu berusia 27 tahun ditahan di Penjara Kamunting, Taiping selama lebih dua tahun (1974-1976) kerana kesalahan melakukan demonstrasi.

ESOK: Wartawan Utusan siasat kes kebuluran di Baling.