Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi mempertahankan emas dalam acara senaman lantai yang dimenangi ketika Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu.

Terdahulu, rakan sepasukannya,Tan Ing Yueh diumumkan sebagai juara dalam disiplin batang titian namun pihak Indonesia mempertikaikan keputusan juri dan akhirnya, Ing Yueh diumumkan sebagai pemenang tempat kedua selepas kiraan semula markah diadakan. - UTUSAN ONLINE